Sunday, October 31, 2010

Karaoke Suka Suka

Ke kenduri perkahwinan jiran mak. Rumah orang kahwin ada speaker kuat dan power. Kalau nak berborak dengan orang sebelah gunalah bahasa isyarat.Buat penat je kita cakap kuat-kuat sampai terkeluar anak tekak, bukannya orang sebelah kita dengar pon.

Dah ada sound system power, adalah deejay dan adalah juga sesi karaoke. DJ ni namakan segmen karaoke ni as KARAOKE SUKA SUKA. Tapi mendengarkan persembahan artis-artis ni suma, eloknya segmen karaoke ni dinamakan KARAOKE SUKA HATI AKU LAH!

Pitching lari ke....suara sumbang sumbing ke....lirik ntah ke mana,note lagu ntah ke mana....Jadi memang sesuai dinamakan KARAOKE SUKA HATI AKU LAH! Nyanyi syok sendiri.

Saya pun syok dengar artis-artis tu semua nyanyi.

Thursday, October 28, 2010

Jiwa Kacau

.....

Antara perkataan glamor waktu kini - JIWA KACAU. Tpi macam mana rasanya jiwa kacau tu?

.....

Sunday, October 24, 2010

Ijlal

Ijlal cengeng macam Luqman.
Mereka berdua sama je, suka menangis.
Haiqal pun sama,suka menangis.

Luqman

Janganlah suka menangis saja.
Luqman budak yang pandai.
Luqman budak yang bijak.

Haiqal

Booo sama dia!
Sekali lagi!
Gelakkan dia!

HAHAHAHAHAHAHAHA!

Fatiemah Oh Fatiemah

Bila Fatiemah menangis.
Sebelum tido menangis.
Bangun dari tido pun menangis.

Menangis sebab nak pergi kedai.
Menangis sebab nak main Didigame.
Menangis sebab kakak,sepupu sepapat dia kacau main game.

Thursday, October 21, 2010

I cant speak in bahasa

Caller : Boleh saya bercakap dengan pegawai yang bertugas?
Receiver : Sorry miss, I dont understand. Can you speak in English.
Caller : Tak kan sikit pun awak tak paham?
Receiver : Sorry miss.
Caller : what is your nationality (cuba utk bcakap English gak w/pn tergagap-gagap sbb org tu tk paham Bahasa Malaysia).
Receiver : Malaysian.
Caller : then you should change your nationality.

Ada orang tau cakap bahasa Malaysia tapi tak mau cakap. Katanya tak kelas!
Ada orang tak tau nak cakap bahasa Malaysia langsung .Katanya " sejak kecik saya bercakap bahasa English.tak pernah cakap dalam bahasa"( ini setelah di buatkan subtittle la).

Bahasa Malaysia?
Kalau mereka tak reti, macam mana mereka boleh lulus SPM yek?

Tuesday, October 19, 2010

Seluar dilipat senget sebelah....

Satu ketika dulu, ketika saya bekerja sebagai showroom co-ordinator di KL.
Setelah selesai orang lelaki bersembahyang Jumaat.
Dan selesai menyenyangkan perut di food court tingkat bawah.

Masuk satu lelaki bercermin mata dan agak selekeh (rupanya mmg selekah. Jambang tak terurus. Rambut tak disikat)
Lengan baju dilipat sampai ke siku.
Seluar panjangnya dilipat paras betis.Tapi hak yg sebelah je, yg sebelah lagi idak la pulak dilipat langsung.
Baju dibiarkan keluar, tidak dikemas.

Jumaat jugak tpi tarikh yang lain.
Masuk seorang wanita bercermin mata jugak.. Tangannya penuh membawa timbunan kertas.
Bertudung ikat stail itik, tapi senget jugak. Terkeluar-keluar rambutnya. Pakai baju kurung, bahagian lehernya tidak terkancing.

Mereka berdua ni memang selekeh. Tapi agak terperanjat, penampilan tidak melambangkan pekerjaan mereka. Tengok dalam name card yg mereka bagi (itupun lepas saya mintak), saya ternganga kecik.
Jawatan :

IR


Fuyooooooo.... (dalam hati).Selekeh tapi title hebat!
Itulah kata orang melayu... don't judge a book by it's cover.

Thursday, October 14, 2010

Ada aku kesah!

taik burung ke...
taik cicak ke...
taik lipas ke...
taik semut ke...
taik lipan ke...

taik tembak kerusi ke...
taik kena meja ke...
taik tembak pintu ke...

ADA AKU KESAH!

memang lah kalau kau tengok agak mustahil mustahil nak dicapai.
tapi tak boleh ke bagi kata-kata yang lebih manis sikit.
tau tak kau yang ayat tu menyakitkan hati orang lain.
kau ada hati kan.
jadi orang lain pun ada hati jugak.

Sunday, October 10, 2010

Melompat lah korang berdua

Sekarang ni ada dua orang manusia tengah melompat-lompat.
Melompat lompat sebab orang ketiga ni duduk diam saje, tak ikut sama dua orang itu melompat-melompat.
Saya mulanya mau jugak melompat ikut dua orang tu melompat-lompat.
Mau ikut sama melompat-lompat di tempat yang sama , dua orang itu melompat-lompat.
Tapi saya dinasihatkan oleh orang ketiga, usah ikut dua orang itu melompat kat sana.

Jadi saya pilih sini untuk melompat. Tak pe lah saya melompat sorang2.
Kalau saya salah lompat pun ...terjatuh, saya saja yang malu.
Kalau lompatan saya betul, saya puas hati sendiri.
Saya tidak malukan sesiapa dan saya tidak malukan diri sendiri.

Dua orang itu  pasti rasa mereka sudah betul melompat-lompat kat sana.
Macam itu jugak saya, saya rasa saya sudah betul melompat-lompat kat sini.
Siapa yang betul lompatannya...entah lah. Saya pun tak tau siapa yang betul.
Tapi yang saya tau dan pasti, orang ketiga itu yang akan tetapkan pengakhiran lompatan kami bertiga ini.
Bila kami bertiga akan melompat, orang ketiga itu yang akan tetapkan.

Tiga orang tengah melompat, orang ketiga duduk diam menengok tiga orang tengah melompat-lompat.
Mungkinkah akan ada dua orang lain yang akan melompat-lompat?

Saturday, October 9, 2010

Ingat abah ko punya!

Tetiba je post ntah apa-apa kan.
Tak tau la ni kategori luahan hati siapa.

Luahan hati saya ke?

Luahan hati mak ayah saya ke?

Luahan hati adik beradik saya ke?

Luahan hati jiran-jiran saya ke?

Luahan hati jiran-jiran mak ayah saya ke?

Luahan hati anak-anak saya ke?

Luahan hati En. Suami saya ke?

Luahan hati kawan-kawan En.Suami saya ke?

ATAU PUN

Luahan hati kawan-kawan saya ke?

Apa yang saya cuma nak luahkan....
INGAT ABAH KO PUNYA KE?

Pernah tak terjadi kat diri korang, korang punya harta benda tapi 'orang lain' bleh plak minta harta benda korang tu di parking kan kat stor rumah 'orang lain'.
Suka hati plak 'orang lain' tu minta harta benda orang lain yea. Ishhhh....musykil saya dengan perangai 'orang lain' tu. Ko kata ko kaya, ber'uang'. Pergi beli sendiri la, apsal mau minta harta benda orang lain plak.

Tetiba saya ada idea bernas plak. Saya mau luahkan sama  orang lain ni, kalo 'orang lain' tu mau orang lain ni punya harta benda ..... BOLEH....
Bukan BOLEH BLAH.... tapi 'orang lain' tu kena sewa la. Kita sewa ikut harga harga kedai, bukan harga kawan-kawan yea. Lagipun 'orang lain' ni jugak buat statement 'parking'. Sekarang mana ada parking free. Melainkan parking lot tu abah ko punya. Tpi dalam ini kes, barang nak diparkingkan oleh 'orang lain' tu, orang lain ni yang punya . Ko kena hingat tu!

Amacam...ada bran. Dengggg!!!!!!!

Nasi Paprik

Sejak daripada post ni sampailah ke tarikh ni, baru lah menjengah masuk blog sendiri. 
Atas bantuan kawan Elyn Sani bagi coment kt post saya yg sebelumnya, dapatlah idea nk menulis dalam ni. Kebetulan plak, hari ni saya cuba masak satu menu yg tak pernah saya masak - Nasi Paprik

Saya ni ada sikit takut mau cuba benda baru. Takut rasanya ntah apa-apa. Penat-penat memasak, tak menjadi plak. Lagi terasa penat tu,anak2 pun tak nak makan. Sakit hati, sakit jantung...semuanya sakitlah. Lepas tu kita sakitkan anak plak, Sakitkan tekak diaorang sebab diaorang di paksa untuk makan. Kesian diaorang.

Pasal nasi paprik ni, saya dapat resepi daripada  blog ni. Saya suka baca blog ni sbb nampak macam mudah je puan cooker ni memasak. 

Hasilnya, En, Suami saya kata, sedap. Lebar senyuman & berbunga-bunga hati ni bila terima pujian. 
Berkobar-kobar nak masak menu lain lepas ni. 

Lepas ni, kalau menu baru saya try, saya kasi up dalam blog ni. Up kan jugak gambar gambir yang menarik gak.

Semoga saya berjaya!