Friday, August 6, 2010

CAPEK!

Ini lah dia kalau kerap sangat terdengar bahasa Indonesia dalam rumah. 

2.00 ptg - 3.00 ptg. Isnin hingga Khamis - cerita ALISA di 103 (TV3)
3.00 ptg - 4.00 ptg. Isnin hingga Jumaat - cerita CAHAYA di 105 (Astro Prima)
6.30 ptg - 7.30 ptg. Selasa hingga Jumaat - cerita BENCI BILANG CINTA di 104 (Astro Ria)

Itu belum lagi tengok ulangan Benci Bilang Cinta setiap hari Isnin-Jumaat, 9.00 pg - 10.00pg. 
Ini tidak termasuk cerita-cerita lain di Astro Oasis dan TV9. Nasib baik AXN tak siarkan cerita dari seberang ni. 


Cerita cerita dari seberang ni ok lah jugak. Tapi yang tak tahan tu, banyak sangat episode nya. Capek gua! Kekadang tu check kat youtube semata2 nak tau bila last episodenya.   


Mau carik uwang!
Tik...tik....tik.... ku rasai satu benda akan turun. Kena bertindak pantas untuk selamatkan keadaan. 

"Aini, angkat kain jemuran, hujan dah turun".

Tengah syok-syok membina ayat utk post ni, tetiba je hujan turun. Mendengarkan bunyi hujan yg turun ke bumi dan kena atap rumah mak ayah ni, rasanya boleh tahan lebat lah hujannya. Ketiak   Ketika itu juga hanya satu yang terlintas di fikiran ni..... Kain Yang Di Jemur kat Pagar Jiran Rumah Sebelah. 

Dengan segala kederat yang ada (badan sudah berat, jadi kederat tak berapa hebat lah), maka terjadilah sukan olahraga, larian 100 meter. Di waktu sama terlihat makhluk Allah yg lain juga berlari bertempiaran menyelamatkan diri. Toleh ke kanan, nampak dua ekor cicak kat dinding tu tak tentu arah lariannya. Dari lirikan mata nia seakan larian kami berada di kepantasan yang sama. Tengah2 lari tu risau gak dan berkata dalam hati " kalau lah dibuatnya cicak ni betul2 takut, dia melompat atas kepala aku, tak ke haru nanti'. Jadi dengan segala kebijaksanaan yg ada, langkah larian ni diperkemaskan. Get ready mengelakkn diri, menjauhkan diri dari cicaks (dua ekor cicak kan) tu. 

Hasil larian yg tak seberapa tu, kain jemuran yg dah kompem kering tu dapat diselamatkan. Fuh! nasib baik tak basah lencun kain-kain tu. 

Eh!, hujan dah berhenti la. Ermmm....hujan lari la ni. Berpadanan lah larian 100 meter tadi tu.Tengah capek lagi nih!





Penampar

Kisah terjadi dlm minggu ni tapi tak hingat la the actual datenya. 

Luqman kena tampar dengan budak darjah dua dekat sekolah mengaji. 
Haiqal ( abang sepupu Luqman, darjah tiga) bagitau Luqman kena tampar. Mula2 usapan di pipi oleh budak A sbb pipi Luqman ni montel + lembut. Tapi yang B ni tak puas ati so dia pun bagi la satu penampar ke pipi Luqman. 

Tamparan pertama perlahan je tapi tamparan yg kedua..... "kuat Mak Lang, Haiqal boleh dengar bunyi nya". 
Dikatakan Luqman adalah memberi balik tamparan tapi tak sekuat tamparan yang dia terima. 

Aduhai.....yang ni ditampar.
Awal2 persekolahannya....ditumbuk sedikit. 
Ustazah Luqman : Luqman ni lembut yea. Orang tumbuk dia, dia tak balas pun. 

Di hari yang lain plak, samping nya koyak. Report dari Haiqal "ada orang tolak Luqman sbb dia tak bagi Luqman masuk kelas dia.Luqman tahan diri dari jatuh. Samping dia tersangkut kat meja". 

Entah hari apa ntah, tapak kaki kasut kat belakang baju mengajinya. 

Ya Allah....lindungilah anak-anak ku ini. Jauhilah dia dari kecelakaan. 



Sunday, August 1, 2010

27 Julai 2010

Bersempena tarikh yang dah terlepas di title atas nih, rasanya masih tak terlewat lagi saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kelahiran (yg terlepas) kepada empunya blog (saya ler tu). 

Semoga hidup kami sekeluarga dilindungiNYA....DirahmatiNYA. 
Dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik olehNYA dan yang baik-baik melingkari hidup kami sekeluarga.

Amin.

Fening

Tadaaaaa....... inilah hasil blog yg Angah ajar sat tadi. Fening kejap belajar buat blog ni. Nak buat blink blink la...nak letak gambar la....Macam-macam yang nak diletaknya. Nak letak benda alah yang dia minat. Tapi masalah problmenya, empunya blog ni tak minat langsung.

Tapi untuk hari ini peringkat awal ni, cukuplah setakat ni aje. Sebelum gue bertambah fening dan landing atas tilam, baik gue stop dulu. Terima kasih Angah, jasa Angah kita kenang la sikit.

1st Time

First time mengcreate blog. Angah, kakak yang ajar. Sambil mengajar sambil marah. Dah lah tu, mengajar tak ikhlas. Nak upah la... nak suruh clik iklan kat blog dia la.

Sambil buat blog, telinga ni dihidangkan dengan cerita yang orang rumah ni suka tengok, cerita Tamil. Kekadang tu tak ada subtittle pun diaorang boleh tengok. Macam mana diaorang paham?  Diaorang paham sendiri mengikut pahaman diaorang sendiri. Di akhir cerita, macam2 versi cerita yang ada. Kalau mak tanya cerita ni pasal apa.... jawapan yg paling senang dijawab "ENTAHLAH". Kitaorang tengok je.

Sekiaannnnn (ala-ala pencerita dalam karton POCOYO).