Tuesday, October 19, 2010

Seluar dilipat senget sebelah....

Satu ketika dulu, ketika saya bekerja sebagai showroom co-ordinator di KL.
Setelah selesai orang lelaki bersembahyang Jumaat.
Dan selesai menyenyangkan perut di food court tingkat bawah.

Masuk satu lelaki bercermin mata dan agak selekeh (rupanya mmg selekah. Jambang tak terurus. Rambut tak disikat)
Lengan baju dilipat sampai ke siku.
Seluar panjangnya dilipat paras betis.Tapi hak yg sebelah je, yg sebelah lagi idak la pulak dilipat langsung.
Baju dibiarkan keluar, tidak dikemas.

Jumaat jugak tpi tarikh yang lain.
Masuk seorang wanita bercermin mata jugak.. Tangannya penuh membawa timbunan kertas.
Bertudung ikat stail itik, tapi senget jugak. Terkeluar-keluar rambutnya. Pakai baju kurung, bahagian lehernya tidak terkancing.

Mereka berdua ni memang selekeh. Tapi agak terperanjat, penampilan tidak melambangkan pekerjaan mereka. Tengok dalam name card yg mereka bagi (itupun lepas saya mintak), saya ternganga kecik.
Jawatan :

IR


Fuyooooooo.... (dalam hati).Selekeh tapi title hebat!
Itulah kata orang melayu... don't judge a book by it's cover.

1 comment: